Monday 12 September 2011

~1st pregnancy : 6 week~



Alhamdulillah harini sy dah msk 6 week pregnancy. Sy dok gode2 kt pak cik google cari tentang info kehamilan. Akhirnye jumpe satu laman web ni..http://www.babycenter.com.my..Byk la info yg blh kite dpt kat sini.

Tentang perkembangan bayi kite dari firts trismeter sampai third trismeter.Laman web ni gak ada dua version,BM & BI.Kalu tak berapa faham BI leh tkr ke BM..hehe..Bgs kan web ni..ok utk sy 6 week pregnancy,perkembangan bayi sy dah mcm ni:

i -Saiz embrio sebesar kacang dhal di minggu ini. Sekiranya anda boleh melihat ke dalam tubuh anda, anda akan mendapati bahawa kepala fetus lebih besar daripada badannya. Raut muka embrio sedang membentuk dan terdapat bintik hitam di mana matanya patut berada, juga terdapat pembukaan-pembukaan di tempat lubang hidung, dan lubang-lubang yang menandakan telinga.

ii -Kudup-kudup membonjol menjadi lebih kelihatan sekarang dan ini akan menjadi tangan dan kaki. Tangan dan kaki embrio seakan-akan dayung. Perkembangan lain termasuk pertumbuhan kelenjar pituitari dan gentian otot. Anda belum dapat mendengarnya, tetapi jantung (yang kini terbahagi kepada kamar kanan dan kiri) berdenyut sekitar 150 denyut per minit - dua kali ganda kadar denyutan anda.

iii- Pada pertengahan minggu ini, embrio mula membuat pergerakan-pergerakan pertamanya. Walau bagaimanapun, anda terpaksa menunggu sehingga satu masa dalam trimester kedua sebelum dapat menikmati sensasi dari sesi-sesi senaman bayi anda.

Maklumat kt atas tu sy dpt dr babycenter.com tula. Ayat nye pelik sikit kan..Mugkin ayt translate kot. Tapi tak pelah yg ptg kite paham.hehe..Macam tu rupenye ye perkembangan baby. Maksud nye baby sy sekarang baru besar kcg dhal la..Ooo..kck nye.Sebab tu la pada 1 hingga 3 bln pregnancy ni ni org ckp kn jaga betol2.Rupenye baby kck sgt..huhu

*sharing is caring...

1 comment:

Mama Naufal said...

jgn stop menulis ye.....i'll keep reading....nk tau moment2 n pnglmn bakal ibu...msti sonok.....